Saturday

Idea dekorasi rumah murah

. Saturday
19 comments

Dekorasi Laman

Dekorasi laman rumah bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan namun ia memerlukan kemahiran kesenian yang kreatif bagi memastikan sesuatu ruang nampak lebih menarik. Bermula dengan idea-idea yang ringkas menerbitkan sesuatu keadaan ruang yang menyenangkan.

Cat adalah sesuatu yang paling murah dan mudah dilakukan bagi mengubah suasana sesuatu
ruang menjadi suatu keadaan yang baru. Dengan memilih warna yang bersesuaian dengan
aksesori dinding menjadikan ruang tampak lebih menonjol dengan kehadiran warna-warna yang
masih segar.Kaedah mengecat menjadi pilihan utama bagi kebanyakan penghuni yang mempunyai sumber kewangan yang terbatas kerana boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah tukang rumah untuk melakukannya. Lebih jimat dan boleh mengikut kemahuan sendiri.

Warna pada bahagian dinding mesti dipadankan dengan tingkap-tingkap disekeliling dinding
tersebut supaya tidak nampak berserabut. Oleh yang demikian, pemilihan warna pada tetingkap
tersebut penting dalam proses pengubahsuaian.

Pemilihan jenis lantai yang lebih moden menjadi pilihan penggemar dekorasi pada masa kini.
Ini kerana corak-corak terkini yang lebih menyerlah menbuatkan sesebuah rumah nampak baru
walaupun keseluruhan aksesori rumah adalah barangan yang lama. Pemilihan jenis jubin yang
sesuai dengan kemampuan perlu dititikberatkan bagi mengelakkan pertambahan hutang pada masa akan datang. Walaupun murah banyak pilihan-pilihan menarik yang kita boleh padankan dengan aksesori lain mengikut citarasa kita sendiri.

Inexpensive Home Decorating Ideas

read more »»
 
Dekorasi Laman is proudly powered by Blogger.com | Template by o-om.com